19 pekebun di Kampung Pelong, Setiu kerugian lebih 150 ribu ringgit selepas tanaman mereka dirosakkan sekumpulan gajah liar.<br />Serangan haiwan berkenaan sejak seminggu yang lalu menyebabkan tanaman kelapa sawit, kelapa, pisang dan tebu musnah.<br />Gajah liar itu dipercayai memasuki perkampungan itu dari Hutan Simpan Hulu Pelong berikutan pagar elektrik yang sedang dibaik pulih.